PADERI TERRY JONES MENGHINA ISLAM BAKAR AL-QURAN
MIAMI 12 Sept. - Seorang paderi yang pernah mencetuskan kontroversi sebelum ini, Terry Jones (gambar) semalam ditahan sebelum dia sempat membakar hampir 3,000 naskhah al-Quran sempena ulang tahun serangan 11 September 2001, lapor media Amerika Syarikat (AS).
Akhbar Orlando Sentinel melaporkan, Jones, 61, ditahan di bandar Mulberry, berdekatan Tampa dan menghadapi dakwaan mengangkut bahan api secara haram dan membawa senjata api secara terbuka.
Orlando Sentinel melaporkan, Jones ditahan bersama seorang lagi paderi, Marvin Sapp beberapa minit sebelum mereka dijadualkan membakar naskhah kitab suci tersebut.
Menurut polis, ketika ditahan, Jones sedang menaiki trak pikap yang menunda sebuah pemanggang besar berisi sejumlah naskhah al-Quran terendam dalam minyak tanah.
Akhbar itu melaporkan, beberapa botol minyak tanah turut ditemui dalam trak tersebut.
Jones merancang untuk membakar al-Quran secara terbuka ketika ketegangan tinggi di Asia Barat dan kemungkinan tindakan ketenteraan terhadap Syria oleh kerajaan pimpinan Presiden AS, Barack Obama.
Menurut laman web Jones, dia merancang membakar 2,998 naskhah al-Quran di Tampa Bay semalam, bagi memperingati mangsa yang terbunuh dalam serangan 11 September tersebut. - AGENSI
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130913/lu_05/Paderi-kontroversi-mahu-bakar-al-Quran-ditahan#ixzz2em71Nv7b
© Utusan Melayu (M) Bhd