>

Al-Kahfi | Kelebihan Dan Fadhilat


KELEBIHAN DAN PENTINGNYA MEMBACA SURAH AL-KAHFI


DALIL HADIS

 Rasulullah saw bersabda:“Barangsiapa yang membaca surat Al-Kahfi, ia akan terjaga selama delapan hari dari setiap fitnah, jika Dajjal keluar dalam delapan hari Allah akan menjaganya dari fitnah Dajjal.” Hadis ini bersumber dari Ubay bin Ka’b dari Nabi saw. (Tafsir Nur Ats-Tsaqalayn 3: 242)

Anai-Anai Mengenali Kesucian Ayat Al-Quran Berusia 100 Tahun

HARIAN METRO ONLINE


Al-quran yang beserta dengan terjemahan dalam bahasa Urdu yang telah berusia 100 tahun ini telah dimakan oleh anai-anai. Apa yang ajaibnya anai-anai ini memakan semua termasuk terjemahannya tetapi tiada satu pon ayat Al-quran dalam bahasa Arab yang dimakan oleh anai-anai tersebut.
Kejadian ini berlaku di dalam rumah seorang muslim yang bernama En. Md Farooq penduduk Tappachabutra, Hyderabad.
Dalam Al-Qur’an surat Al-Hijr, surat ke 15 ayat ke 9, Allah Swt. berfirman:
“Sesungguhnya Kami-lah yang menurunkan Al Quran, dan sesungguhnya Kami benar-benar memeliharanya.”
Ayat di atas menunjukkan jaminan dari Allah Swt., bahawa Dia selain menurunkan dan mewahyukan Al-Quran, juga berkomitmen akan menjaga kemurniannya hingga Hari Kiamat.

Al-Baqarah | Kelebihan Dan Khasiat



Imam al-Baihaqi dari Imam Shalshal berkata:
"Barangsiapa membaca Surat Baqarah maka dipakaikan kepadanya mahkota disyurga."

Imam Ibnu Zanjawai dari Imam Wahab ibn Munabih menyatakan:
"Barangsiapa membaca Surat Baqarah dan Ali Imran pada malam Jumaat maka baginya nur cahaya membentang antara Arsy dan dasar bumi."

Al-Fatihah | Kelebihan Dan Khasiat


RAHSIA AL-FATIHAH
Sesiapa membaca surah Al-Fatihah dalam keadaan berwuduk sebanyak 70 kali setiap hari selama tujuh hari lalu ditiupkan pada air yang suci lalu diminum maka ia akan memperolehi ilmu dan hikmah serta hatinya dibersihkan dari fikiran rosak.

Pengharaman Arak Dalam Islam


ISLAM mengharamkan arak sejak 14 abad yang lalu. Orang Arab jahiliah sebelum kedatangan Islam adalah peminum arak yang tegar. Mereka menganggap arak sebagai minuman terbaik untuk menikmati keseronokan hidup sebenar. Terdapat juga di kalangan segelintir umat Arab jahiliah yang baru memeluk Islam cuba mempengaruhi Rasulullah SAW dengan mengatakan arak boleh menjadi penawar dan ubat untuk seseorang. Rasulullah segera menyanggah anggapan itu dengan bersabda:
“Ia bukan ubat, bahkan sebenarnya adalah punca kepada segala penyakit” (riwayat Muslim).
Firman Allah Ta’ala yang bermaksud:
“Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak dan judi dan pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya. ” (Surah Al-Maaidah: Ayat 90)

Utusan Online | 'Memperdagangkan' ayat al-Quran


UTUSAN MALAYSIA | UTUSAN ONLINE

'Memperdagangkan' ayat al-Quran

Berselindung di sebalik seni khat dan tulisan jawi, terdapat segelintir pihak cuba mengubah suai ayat al-Quran dengan memasukkan elemen atau simbol ketuhanan agama lain.


BINGKAI kayu, seramik, poster, plak dan rantai kunci adalah antara pilihan utama orang ramai untuk dijadikan sebagai alat perhiasan atau bahan cenderahati. Lebih-lebih lagi yang didatangkan bersama ukiran kalimah suci al-Quran.Ia bukan sahaja direka dalam pelbagai saiz dan rupa bentuk, malah semakin mudah didapati di mana-mana sahaja dengan harga yang sangat murah dan mampu dimiliki oleh setiap orang.

Menjaga Kalimah Suci



Firman Allah S.W.T ;“Dan Kami turunkan kepada mu kitab Al-Quran dengan membawa kebenaran, untuk mengesahkan benarnya kitab-kitan suci yang terdahulu daripadanya dan untuk memelihara serta mengawasinya”Al-Maidah : Ayat 48

Asma’ r.a menerangkan bahawasanya Rasulullah SAW bersabda (kepada Asma): “Nafkahkanlah dan janganlah kamu menyempitkan sedekah yang menyebabkan Allah menyempitkan (tidak mengeluarkannya) untuk kamu.” Dan janganlah kamu menyembunyikan sesuatu dalam bungkusan yang kerananya Allah memutuskan berkatnya dan kesuburannya.”